Tuesday, December 18, 2012

# 5


 assalamualaikum. 
dalam hidup kau, sampai satu waktu, kau akan rasa macam ni, rasa nak minta pada tuhan untuk tengok buku kau, siapa nama jodoh kau. ini aku lah ni. itu menunjukkan kau dah ready untuk bergelar isteri. dalam tahap sekarang, ramai cakap kau desperate nak kahwin. amboi mulut, kemain kan. relax la, muda lagi kot. kalau  dah ready?  dah fikir awal lagi tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai wifey. aku dah jumpa seorang lelaki yang aku fikir selayaknya untuk pimpin aku ke Jannah. jadi waktu itu, aku matangkan fikiran dan jadi seorang gadis yang mula serius dalam mencorak hala tuju hidup. aku buka pintu hati aku yang dah lama aku tutup sebab aku pernah jatuh dari langit tinggi, dimana bumi menghenyak aku.ketat dada, sempit, tetapi aku lapangkan untuk satu ruang aku beri pada dia yang bakal begelar suami. tapi, hidup penuh kejutan dengan tiba tiba. mahu aku dan dia sama, bina rumah tangga, tapi mungkin niat  dan rasa kami berbeza. aku kira, mungkin dia tak ready. kamon, nak kahwin kan, kena lah commit. aku beria-ria tinngikan tahap keseriusan untuk membina hidup dengan dia. excited gitu, tapi dia tidak. sayur lah rasa. people, tolong jangan bagi harapan kalau kau tak ready lagi. itu namanya saja cari penyakit dan sengaja berniat melukakan hati orang. dan kalau kau sedar dan tahu kau dah buat orang terluka, kau memang kena rasa bersalah. 200% patut rasa kesalahan itu di bahu kau. jangan nak project kesalahan kau pada orang lain. tak macho. lagi satu, sekiranya  nak yang cantik kat sejadah, sendiri dulu handsome kat sejadah, dan sebaliknya. jodoh Allah dah tulis, dah janji. tapi tadak lah buta buta Allah nak bagi. sama konsep dengan rezeki. rezeki boleh diubah kalau kita usaha dan doa. solat, jangan kita sombong. cantik handsome kaya tak solat tarak guna. nikmat Allah bagi anytime Dia boleh ambil balik, jangan cakap sehari, sekelip mata pon boleh. sama juga dengan jodoh, hati kau milik tuhan. mintak dengan Dia, Dia dengar, tugas kau mintak. sampai masa dia kirim pada kau sapa yang dia fikir layak. aku sekali lagi kena lalui zaman jatuh dan susah nak bangun dan nak move on. tapi aku kira, aku mampu untuk tenang, dan berlapang dada dan terima jalan yang tuhan hadapkan untuk aku.in shaa Allah, kau pon mampu. 

#4

assalamualaikum.
aku kalau bicara bab kecewa bukan master lagi dah, dah tahap phd dah. mari kita teruskan pembacaan dengan penuh ke-emo-an. hahaha. kau pernah diduakan? ke kau yang menduakan? sayur kan rasa kalau diduakan. maaf, aku tak tahu pulak rasa menduakan itu bagaimana, mungkin rasa manggis, jambu atau pisang. sumpah tak tahu. kau cinta dan setia tahap nak mati dengan kekasih hati kau. sanggup woooh apa saja demi sayang dia. aku faham, kadang kerana sayang kita pilih untuk jadi bodoh. tapi, sekali pasangan kau terkantoi, cinta bersegi segi. hamek. tak cukup skandal ada pulak kekasih gelap lagi. wooooh, hebat. dan mulalah hati ranap, meroyan dan rasa dunia ini sudah berakhir. pheeeeew, sayur gila rasa hati. oke, aku faham. aku dah pernah lalui. sini aku bagi kau tips. hello, adik manis, sit back and relax. tarik nafas dalam dalam, istifar banyak banyak. aku tau, tak senang. sumpah tak senang. dan langsung tak cool bila bercinta sampai lima enam tahun dan saat kawan kawan kau sibuk kahwin tunang dan siap dah ada yang ber-bayi pon, kau terpaksa lalui rasa sayur ini. kat fb penuh undangan kahwin, dan bila pergi nanti sibuklah tanya mana kekasih hati. grrrrr. what you should do? let him free. payah, tapi itu aku buat. jangan asyik tanya kenapa jadi macam ni? kenapa buat macam ni? kenapa? jangan. soalan tu cuma menyakitkan diri, dan aku jamin kat kau, dia tadak jawapan lain nya nak bagi dekat kau kecuali 'maaf, i tadak niat nak mainkan u' atau 'kita tadak jodoh'. nampak? senang saja bila hujungnya, itu yang jadi jawapan kepada setiap persoalan kau. adik manis, susah apa, cari baru lah. dia boleh skandal bagai, kau pon boleh la kan, baru fair. kau need to move on, live your life, kalau tertulis kalian bersama, maka nanti Allah temukan untuk bersama, banyak kan doa, lapangkan dada. ingat, dunia belum berakhir :)

psssst, aku ada untuk dengar kau.

Wednesday, December 5, 2012

# 3

hidup ni banyak dengan kejutan. nama pon kejutan, mestilah kita tak sangka kan? sebaik mana rancangan siap dengan backup plan pon, kalau tuhan tak izin tak kan terjadi. setiap apa yang terjadi  lalui dengan niat untuk kita baiki diri dan matangkan lagi diri. anggaplah diri kau sebagai insan yang tuhan pilih untuk hadap jalan yang tuhan hantar penuh dengan liku - liku. hey, kau ingat tuhan saja - saja bagi? mestilah ada nikmat tuhan janji. jadi sabar dan terus gagah. jelas? kecewa, gagal dan jatuh pada setiap jalan, bukan untuk kita cari salahnya siapa dan tunding jari pada mereka. bukan, tapi untuk kita lihat nilai harga diri kita di mata mereka dan baiki segala kelemahan yang ada. ambil peluang ini untuk kita hargai diri sendiri. boleh? cayalah gimme 5.

#2

rasa adalah satu jenis benda yang ada dalam hati. hati itu raja dalam diri. naaaaahhhhh.jadi hebatkan kuasa rasa dalam diri kita? untuk setiap rasa, perlu bersyukur, kerana rasa cuma berlaku hanya dengan izin tuhan. sedih, kecewa, gembira, seronok, bahagia, terluka. bersyukur. dan rasa yang aku kira paling indah, sayang. di pentas dunia ini, ramai manusia tidak akan pernah mengalah untuk rasa sayang. setuju? ramai yang sanggup lara emosi, ketat dada, pecah besepai hati pon tak apa, kerana apa? kerana sayang. berkali pon tak apa. aku ulang ya, bukan sekali, bukan dua kali tapi berulang kali iaitu bermaksud dah berkali kali.  dan untuk rasa ini, ada manusia hukum diri sendiri. jadi kejam dengan hati sendiri. biar pon mengah jadi pengemis hati dia untuk dihuni. hanya kerana apa? kerana sayang. tapi sampai bila? sampai bila kerana sayang kita bunuh hati kita?  kesian bukan hati sendiri? letih, mengah, penat, lelah, sakit. lama lama hati mati. kosong. hey, bangun, ayuh gagah kerana ada nikmat yang tuhan janji, dihujung jalan nanti. aku faham, bukan senang dan tak mudah tapi aku tahu tak payah jom jadi juara pada hati sendiri. cukup, kita menang di jiwa kita. 

testing

testing 1
testing 2
testing 3

hello people ;)