Wednesday, December 5, 2012

#2

rasa adalah satu jenis benda yang ada dalam hati. hati itu raja dalam diri. naaaaahhhhh.jadi hebatkan kuasa rasa dalam diri kita? untuk setiap rasa, perlu bersyukur, kerana rasa cuma berlaku hanya dengan izin tuhan. sedih, kecewa, gembira, seronok, bahagia, terluka. bersyukur. dan rasa yang aku kira paling indah, sayang. di pentas dunia ini, ramai manusia tidak akan pernah mengalah untuk rasa sayang. setuju? ramai yang sanggup lara emosi, ketat dada, pecah besepai hati pon tak apa, kerana apa? kerana sayang. berkali pon tak apa. aku ulang ya, bukan sekali, bukan dua kali tapi berulang kali iaitu bermaksud dah berkali kali.  dan untuk rasa ini, ada manusia hukum diri sendiri. jadi kejam dengan hati sendiri. biar pon mengah jadi pengemis hati dia untuk dihuni. hanya kerana apa? kerana sayang. tapi sampai bila? sampai bila kerana sayang kita bunuh hati kita?  kesian bukan hati sendiri? letih, mengah, penat, lelah, sakit. lama lama hati mati. kosong. hey, bangun, ayuh gagah kerana ada nikmat yang tuhan janji, dihujung jalan nanti. aku faham, bukan senang dan tak mudah tapi aku tahu tak payah jom jadi juara pada hati sendiri. cukup, kita menang di jiwa kita. 

No comments: