Tuesday, December 18, 2012

#4

assalamualaikum.
aku kalau bicara bab kecewa bukan master lagi dah, dah tahap phd dah. mari kita teruskan pembacaan dengan penuh ke-emo-an. hahaha. kau pernah diduakan? ke kau yang menduakan? sayur kan rasa kalau diduakan. maaf, aku tak tahu pulak rasa menduakan itu bagaimana, mungkin rasa manggis, jambu atau pisang. sumpah tak tahu. kau cinta dan setia tahap nak mati dengan kekasih hati kau. sanggup woooh apa saja demi sayang dia. aku faham, kadang kerana sayang kita pilih untuk jadi bodoh. tapi, sekali pasangan kau terkantoi, cinta bersegi segi. hamek. tak cukup skandal ada pulak kekasih gelap lagi. wooooh, hebat. dan mulalah hati ranap, meroyan dan rasa dunia ini sudah berakhir. pheeeeew, sayur gila rasa hati. oke, aku faham. aku dah pernah lalui. sini aku bagi kau tips. hello, adik manis, sit back and relax. tarik nafas dalam dalam, istifar banyak banyak. aku tau, tak senang. sumpah tak senang. dan langsung tak cool bila bercinta sampai lima enam tahun dan saat kawan kawan kau sibuk kahwin tunang dan siap dah ada yang ber-bayi pon, kau terpaksa lalui rasa sayur ini. kat fb penuh undangan kahwin, dan bila pergi nanti sibuklah tanya mana kekasih hati. grrrrr. what you should do? let him free. payah, tapi itu aku buat. jangan asyik tanya kenapa jadi macam ni? kenapa buat macam ni? kenapa? jangan. soalan tu cuma menyakitkan diri, dan aku jamin kat kau, dia tadak jawapan lain nya nak bagi dekat kau kecuali 'maaf, i tadak niat nak mainkan u' atau 'kita tadak jodoh'. nampak? senang saja bila hujungnya, itu yang jadi jawapan kepada setiap persoalan kau. adik manis, susah apa, cari baru lah. dia boleh skandal bagai, kau pon boleh la kan, baru fair. kau need to move on, live your life, kalau tertulis kalian bersama, maka nanti Allah temukan untuk bersama, banyak kan doa, lapangkan dada. ingat, dunia belum berakhir :)

psssst, aku ada untuk dengar kau.

2 comments:

outbound malang said...


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

cha zainol said...

terima kasih :) tiba tiba aku lagi semangat untuk tulis :)